Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2099

Mereka Telah Divaksin!

$
0
0
Mereka Telah Divaksin!|| Alhamdulillah, settle sudah urusan ketiga tiga kesayanganku...mak, abah dan nenekku selamat divaksin baru baru ni.  Pada mulanya nenek aku pun takut nak divaksin.. but finally... beliau nampak nenek ngah ambil vaksin maka beliau bersetuju unuk divaksin jugak. Alhamdulillah!

Moga nenek Nona sentiasa dilindungi Allah.

Moga mak Nona sihat selalu.


And mak aku pun sama.. Setelah nenek bersetuju, lepastu tengok dalam group jiran tetangga ramai daftar vaksin...barulah mak aku setuju untuk mendaftarkan diri pada 10 Julai lepas kat balai raya tempat kami. 

Tiba tiba mak aku yang takut takut tu, dapat vaksin paling cepat dalam keluarga kecilku ni.. Hahaa.. Terkejut beruk mak aku... Sebab mak aku fikir lambat lagi la sebab beliau lambat daftar... 

Sehari lepas giliran mak aku, turn bapak aku pulak kena cucuk vaksin (Abah tak nak ambil gambar). So my parents done divaksin la kiranya. Alhamdulillah. Moga ketiga tiganya sihat, dipanjangkan umur, dan kuat semangat untuk meneruskan kehidupan. AMIN

Apa yang kunampak, mak aku rasa nak tidur je dari lepas cucuk sampai harini... Risau saya.. Bapak aku ok..siap boleh masuk kerja tapi kejap aje la..Mak and abah dapat Sinovac manakala my mom dapat Pfizer. 

Tak kiralah apa pun, itu yang terbaik kan. InshaAllah...Doa bebaik jela walaupun dengar dan baca macam macam pasal vaksin.. Errr..

Giliran anak anak belum tiba sebab memasing pun lambat sikit daftar. Moga dapat melawan kes dan kisah Covid 19 yang benar ni. Amin.






Notahati: Rindu sangat dengan nenek!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2099